Tentang

Srikandi Kenyalang

Membina Wanita, Menguatkan Kehidupan.

Srikandi Kenyalang diwujudkan dengan satu kepercayaan yang mudah tetapi sangat bermakna — setiap wanita berhak untuk didengari, dihargai dan diperkasakan.

Kami memahami bahawa kehidupan bukan sekadar tentang kesihatan fizikal atau kestabilan kewangan. Di sebalik setiap senyuman, ada wanita yang sedang memikul tanggungjawab, menghadapi tekanan, kehilangan keyakinan diri, keletihan emosi atau cabaran kehidupan yang tidak dilihat oleh orang lain.

Atas kesedaran inilah, Srikandi Kenyalang ditubuhkan sebagai sebuah platform yang menggabungkan perlindungan takaful, sokongan emosi, pembangunan diri dan komuniti wanita dalam satu ekosistem yang selamat, positif dan dipercayai.

Srikandi Kenyalang bukan sekadar sebuah program, tetapi sebuah komuniti yang berjalan bersama wanita dalam setiap langkah perjalanan kehidupan.

APA YANG MEMBEZAKAN KAMI?

KAMI MENDENGAR

Kami percaya bahawa setiap luahan mempunyai nilai dan setiap wanita berhak didengari tanpa dihakimi.

KAMI MEMPERKASA

Melalui pendekatan Positive Psychology, pembangunan diri dan sokongan komuniti, kami membantu wanita mengenali kekuatan dalam diri mereka.

KAMI MELINDUNGI

Perlindungan takaful memberikan ketenangan kepada wanita supaya mereka lebih yakin menghadapi cabaran kehidupan.

KAMI BERJALAN BERSAMA

Kami menyediakan proses untuk bangkit tidak perlu dilalui seorang diri. Srikandi Kenyalang sentiasa bersedia menjadi sebahagian daripada perjalanan tersebut.

NILAI TERAS KAMI

COMPASSION

(KASIH SAYANG)

Kami bertindak dengan penuh kasih dan empati terhadap setiap wanita.

RESPECT

(MENGHORMATI)

Kami menghargai setiap individu dengan penuh hormat dan penerimaan.

GROWTH

(PERTUMBUHAN)

Kami komited untuk membantu wanita berkembang menjadi versi terbaik diri mereka.

PROTECTION

(PERLINDUNGAN)

Kami menyediakan perlindungan dan ketenangan minda dan jiwa wanita.

HOPE

(HARAPAN)

Kami memberi harapan dan inspirasi untuk kehidupan yang lebih bermakna.

SRIKANDI KENYALANG

KELAYAKAN & LATIHAN PENGASAS

Ilmu yang dipelajari, untuk mendengar dengan lebih memahami.

Positive Psychology Coaching

Positive Psychology Coach Certification

Pensijilan oleh Efficient Coach

Latihan berfokus pada kekuatan diri, emosi positif dan kesejahteraan.

Kursus diakreditasi oleh IPHM

CPD — Continuing Professional Development CMA IPHM Accreditation ICAHP — International Association of Complementary and Alternative Healthcare Professionals

Psychological First Aid

The National Child Traumatic Stress Network (NCTSN)

Psychological First Aid (PFA)

Pembelajaran tentang sokongan awal kepada individu selepas peristiwa sukar.

Hak & Kesejahteraan Mental

World Health Organization (WHO)

WHO Academy

Quality Rights dalam Kesihatan Mental (MS)

Menamatkan pembelajaran berkaitan hak, maruah dan pendekatan yang menghormati individu dalam kesihatan mental.

Psikologi & Tingkah Laku

HRD Corp e-LATiH

  • Basics of Psychology
  • Introduction to Cognitive Psychology
  • Introduction to Psychology and the Brain
  • Motivation
  • [Psychology Course] Psychology in Project Management in Revealing the Human Element

Terus belajar. Mendengar tanpa menghukum. Membantu wanita mengenali kekuatan diri.